“Bukan Minta Bantuan, Tetapi Sebaliknya…”- Kawan ‘Dedah’ Cara Adam Shahz Lawn Covid-19

Sebelum ini, kec0h apabila selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib menyuarakan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu selepas kehilangan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun apa yang menarik perhatian netizen disaat segelintir artis merayu mengharapkan bantuan kerajaan, pelakon Adam Shahz atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, dilihat mengambil jalan berbeza apabila ‘turun padang’ menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan (frontliners) yang terlibat menangani w4bak Covid-19.


Menurut Adam dia sudah lama melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan bersama barisan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bukan untuk mencari publisiti semata-mata.

“Saya lebih berharap apa yang saya buat ini tidak dijadikan publisiti. Sebab saya tak nak orang anggap apabila ada musibah seperti Covid-19 ini baru nak tolong walaupun sebenarnya saya dah banyak kali sertai misi dan program bersama APM.

Seorang pengguna Twitter memuji Adam yang sanggup turun padang membantu kerajaan.

“Semua program itu saya terlibat secara sukarelawan. Termasuklah misi memberi bantuan kepada frontliners ini. Sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama anggota APM yang lain turun padang beri bekalan makanan kepada frontliners.


Tambah Adam lagi, dia tidak menerima sebarang elaun atau bayaran dan tidak kisah mengenai perkara itu kerana apa yang dilakukan adalah rasa tanggungjawab kepada negara.

“Saya tidak menerima sebarang elaun atau bayaran tapi saya tidak kisah sebab ini adalah tanggungjawab untuk berkhidmat kepada negara. Lagipun, saya duduk rumah bukan buat apa-apa pun, lebih baik saya turun membantu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adam akui agak terkejut apabila menerima banyak mesej masuk di telefon bimbit namun hanya membacanya selepas selesai menjalankan tugasannya.

“Saya terkejut juga masa tengah bertugas itu, handphone saya tak berhenti berbunyi. Pelik juga tapi saya tak buka dulu sebab nak selesaikan tugas. Bila dah balik rumah, barulah saya tahu rupa-rupanya ada kenalan di Twitter mengenai diri saya.

Adam juga mendedahkan bahawa dia pernah menerima mesej di mana dia dimar4hi kerana ikut serta misi beri bantuan ini.

“Sebelum ini, saya pernah juga terima mesej yang m4rah kenapa saya tak sayang ny4wa ikut serta misi beri bantuan itu. Tapi saya fikir, ini adalah tanggungjawab saya sebagai rakyat untuk membantu yang lain.

Tambah Adam lagi, apa yang dilakukannya sekarang ini sekurang-kurangnya dapat dapat mewakili golongan anak seni dalam menyumbang tenaga kepada negara.

“Selain membalas semula kepada orang yang selama ini menyokong saya dalam perjalanan seni yang tidak seberapa ini. Sekurang-kurangnya saya mewakili golongan anak seni, tak nak la orang pandang kata artis tak bantu pun,” ujar Adam lagi.

 

 

Sumber: Mstar, Ig adam shahz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*