Ustaz Ebit Lew Borong Barang Runcit Guna Lori 10 tan Edar Pada Asnaf

Umum tahu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 bagi membendung penu1aran Covid-19. Kesan daripada pelaksanaan tersebut ramai yang kehilangan punca pendapatan.

Bagi meringankan beban mereka yang memerlukan ketika Covid-19 sedang menu1ar, penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew telah bertindak menghulurkan bantuan kepada mereka.


Menurut Ustaz Ebit Lew, dia begitu terkesan melihat golongan asnaf yang tidak mempunyai bekalan makanan. Oleh itu, dia telah membuat senarai barangan dan mendapatkannya di pasaraya bagi diedarkan kepada mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

Ustaz Ebit turut mendedahkan bahawasanya dia tidak mempunyai staf namun ada anak-anak muda yang sukarela menghulurkan bantuan untuk mengangkat barangan tersebut.

Perkongsian Ustaz Ebit Lew telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen. Rata-rata mereka mendoakan agar Ustaz Ebit Lew terus dilindungi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang kerja-kerja murninya ini.

 

 

Sumber: Ig Ebit Lew via cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*