223,000 Topeng Muka Bernilai RM446,000 Dirampas KPDNHEP

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000 unit topeng muka dianggarkan bernilai RM446,000 yang disorok dan dijual melebihi harga maksimum dalam serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata topeng muka jenis tiga lapis itu dijual secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit melebihi harga maksimum yang ditetapkan iaitu RM2 seunit.

“Operasi ini dijalankan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan di Facebook,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklan topeng muka dengan kaedah penjualan melalui pesanan menerusi aplikasi WhatsApp dan barang dihantar melalui pos atau Cash On Delivery (COD) di kawasan Kota Damansara.

Menurutnya, sekiranya suspek disabitkan kesa lahan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 (AKHAP 2011), boleh diden da tidak melebihi RM500,000 manakala bagi kesa lahan kali kedua atau yang berikutnya boleh diden da tidak melebihi RM1 juta.

Orang bukan pertubuhan perbadanan pula boleh diden da tidak melebihi RM100,000 atau dipen jarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala kesa lahan kali kedua atau berikutnya boleh diden da tidak melebihi RM250,000 atau dipen jarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengguna disaran menyalurkan sebarang kegiatan yang mencuri gakan kepada KPDNHEP menerusi hotline 1-800-886-800 atau talian 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

 

 

Sumber: BERNAMA via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*