Umun tahu, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020 bagi membendung penvlaran wab4k Covid-19. Kesan daripada PRK, semua kedai selain kedai runcit dan pasar raya haruslah ditutup.
Sebuah bengkel membaiki kenderaan di Klang telah mencur1 perhatian ramai apabila membaiki sebuah ambulans yang mengalami kerosakan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Ambulans tersebut dikatakan datang ke bengkel itu apabila mendapati penghawa dingin belakang tidak berfungsi.
“Ambulans tersebut datang ke bengkel apabila mendapati penghawa dingin di belakang tidak berfungsi. Mekanik beritahu ada beberapa masalah wiring.
Tambah Azrul lagi, kos untuk membaiki ambulans tersebut dianggarkan sekitar RM180.
“Anggaran kos untuk membaiki sekitar RM180 dan mekanik kami yang dikenali sebagai Muhammad Eskhandar Fareez tidak mengenakan sebarang bayaran.
“Bagi Eskhandar, perkhidmatan yang dijalankan oleh petugas barisan hadapan ini terlalu bernilai, tidak terbanding dengan sekadar memperbaiki kerosakan yang mereka alami,” ujar Azrul Helmi ketika dihubungi Gempak.
Azrul bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh mekaniknya kerana di waktu-waktu seperti ini kedai baiki aircon semuanya tutup.
Leave a Reply Cancel reply