KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi memberi ama ran, sebaliknya akan terus menang kap individu yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis diberi tanggungjawab memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi masyarakat dan ia cabaran amat tinggi buat pasukannya.
“Kita (PDRM) tidak lagi ada ama ran dan seterusnya. Pendekatan kita selepas ini jika ingkar akan ambil tindakan sekeras-kerasnya, kalau perlu penang kapan kita akan buat.
“Masih lagi ingkar kita akan laksanakan tangkapan ini. Jangan memaksa kita dan mengun dang masalah. Duduk saja di rumah,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, hari ini.
Selain cabaran memastikan pematuhan masyarakat terhadap PKP, Mazlan berkata, PDRM turut menerima aduan mengenai kes peni puan penjualan penutup mulut dan hidung.
Menurutnya, sebanyak 393 kes peni puan dilaporkan kepada polis di seluruh negara setakat ini, membabitkan jumlah kerugian bernilai RM1.1 juta.
Daripada jumlah itu, katanya, seramai 26 individu sudah dita han dengan beberapa orang ditu duh di mahkamah.
Selain itu, penu laran berita palsu juga antara situasi dihadapi polis ketika negara berpe rang dengan penu laran wa bak korona virus baharu (Covid-19).
Menurutnya, sebanyak 94 kertas siasatan berita palsu dibuka dengan enam daripadanya sudah ditu duh di mahkamah manakala baki masih dalam siasatan.
“Berita palsu ini penya kit minda segelintir masyarakat yang susah dibentuk supaya jangan mengganggu jiwa masyarakat. Di dalam situasi begini pun masih ada lagi mereka yang sengaja mengolah dan berkongsi berita palsu. Polis sentiasa mengambil tindakan.
“Ada juga yang membuat toh mahan, kata ke ji dan mema ki hamun anggota keselamatan yang bertugas. Hal ini juga kita akan siasat dan cari mereka sampai dapat,” katanya.
Sumber: BH
Leave a Reply Cancel reply