COVID-19: Jururawat Pencen Mahu Kembali Bertugas Semula Sebagai Sukarelawan

Saban hari, jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 semakin meningkat. Ini menyebabkan masih ramai petugas kesihatan diperlukan bagi merawat mereka yang dijangkit1 wab4k Covid-19. Ramai juga petugas kesihatan yang bertugas di barisan hadapan keletihan kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang jururawat yang telah bersara, Biby Maideen dimana dia mahu kembali bertugas sebagai sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon agar doktor dan jururawat bersara kembali berkhidmat.

Bibi yang kini berusia 68 tahun mendedahkan bahawa dia telah berbincang dengan empat anaknya sebelum menghantar permohonan tersebut.

Bagi Bibi, bukan dengan wang atau makanan sahaja yang dapat kita sumbangkan tetapi apa sahaja yang dapat kita sumbangkan dalam membantu membanteras wab4k Covid-19.

“Derma bukan hanya bermakna menyumbangkan wang atau makanan tetapi sebagai manusia, apa saja yang anda boleh buat. Dan bagi saya, inilah apa yang saya dapat sumbangkan,” kata Biby kepada Malaysiakini.

Menurut Biby lagi, dia mendapat pendidikan sebagai jururawat di United Kingdom (UK) dan kemudian berkhidmat sebagai jururawat selepas menamatkan diplomanya pada 1974.

Tambah Bibi lagi,  sebelum dia kembali ke Malaysia dan menyertai institusi kesihatan swasta selama lebih dari empat tahun, dia telah bekerja di UK selama kira-kira tiga tahun

Menceritakan pengalamannya, Biby memberitahu pada awal 1980-an, dia menyertai perkhidmatan kesihatan awam dan berkhidmat sebagai jururawat komuniti selama 15 tahun sebelum kembali ke sektor swasta.

Mendapat sokongan penuh daripada anak-anaknya, Biby berharap walaupun ramai pesara yang kembali berkhidmat mungkin tidak dapat bekerja secara langsung di barisan hadapan disebabkan faktor usia, mereka tetap boleh mengambil alih tugas yang lebih ringan agar jururawat sedia ada dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjaga pesak1t.

 

 

Sumber: MalaysiaKini via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*