Tidak dapat dinafi dan dipersoal lagi mengenai peranan petugas barisan hadapan (frontliner) seperti doktor, jururawat, polis dan ten tera dalam meme rangi Covid-19. Namun, selain mereka, petugas kebersihan (cleaner) juga merupakan wira yang perlu diberi perhargaan sama seperti petugas barisan hadapan yang lain.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian daripada Pelawak terkenal Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Hamzah yang menganggap individu yang bekerja sebagai tukang cuci dan pengutip sampah merupakan antara insan yang cukup hebat ketika ini.
Menurut Achey, mereka ini sanggup memastikan kawasan-kawasan sentiasa bersih walaupun mereka berdepan risik0 dijangkit1 pelbagai penyak1t ketika melakukan tugas-tugas pembersihan.
Perkara tersebut diluahkan Achey menerusi laman instagram miliknya.
“Tak tahu bangun pagi tiba-tiba rasa tukang cuci dan pengutip sampah adalah kerja yang sangat hebat ketika ini, aku harap gaji mereka juga untuk ketika ini sehebat tugas mereka.
“Setiap kali kau sentuh pemegang pintu, dia akan lap. Bayangkan di hospital ketika ini, berapa kerap orang pegang pemegang pintu tu? Pengutip sampah lagilah, setiap masa terdedah bakteria ja hat,” luahnya Achey di ruangan kapsyen.
Tambah Achey lagi, dia berharap semoga mereka yang sanggup berk0rban demi memastikan kita semua hidup dalam persekitaran bersih dan selamat sentiasa dimuliakan.
“Aku dulu nak baiki lori sampah pun bersyarat, ini pulak hari-hari menghadap apa yang kita buang. Kita buang tau..bukan kita beri,”
“Moga kalian terus mulia dengan perjuangan ketika ini. Aku nak kutip sampah kat dapur jap,” tulisnya.
Perkongsian Achey itu telah mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan Achey.
Sumber: Ig Achey
Leave a Reply Cancel reply