Pelakon dan pelawak Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail telah mencur1 perhatian warganet apabila tampil dengan imej baru setelah sekian lama menyepi.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Usop Wilcha tampil dengan imej mirip watak adiwira terkenal, Tony Stark ataupun Ironman.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna twitter @hanifjamals dengan mengulang kicau satu video nyanyian yang dimuat naik oleh Usop Wilcha.
Sejak #StayAtHome ni giler seperaa xtau nak buat apa, Teman nyanyi lagu peberet yg kompem teman nyanyi kalau pg karaoke dulu.. LADY.. khas utk Lady2 kat luor sana.
Versi 1/2 lagu je, mana lady2 nak versi penuh DM teman, jantan2 sengap jgn nk nyibuk
Lagu ciptaan Lenal Laici. pic.twitter.com/QfPwhFI48n— Usop Wilcha a.k.a Um (@real_usopwilcha) March 24, 2020
“Peh lama menyepi tup-tup dah jadi Tony Stark,” kata pengguna tersebut.
Video yang berdurasi 2 minit itu memaparkan Usop menyanyikan lagu Lady sambil diringi petikan piano di rumahnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respond daripada pengguna twitter.
“Amboi, tetiba teringat kat arw4h Kenny,” ujar pelakon Bront Palarae.
“Pekatnya twirl R nye yop!!” kata penyanyi Adibah Noor.
“Laaaa kekande ucop ke, sekali lalu dekat timeline tadi ingatkan TONY STARK Bila nyanyi lagu orang putih tak perasan orang malaysia rupa-rupanya,” komen seorang wargamaya.
“Macam Ironman ada, macam Sham Visa pun ada,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video nyanyian Ucop tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada warga Twitter.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply