Pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin telah selamat mendirikan rumah tangganya dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada 1 September 2019 lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan. Hasil perkongsian hidup, Ardell kini sedang hamil zuriat pertama.
Beberapa hari yanag lalu Ardel Aryana telah menjadi perhatia netizen apabila memuat naik video sedanag menikmati buah nanas sehingga menimbulkan kerisauan segelintir netizenm kerana nanas dikatakan tidak sesuai untuk ibu mengandung,
Artikel berkaitan: ‘Ditegur’ Netizen Makan Nanas Ketika Sarat Hamil, Ini Jawapan Balas Ardell Aryana
Terbaharu, Ardell sekali telah mencur1 perhatian netizen apabila memuat naik video mengenai buah sawit di laman instagram miliknya beserta kapsyen dibawah:
“Missing this … siapa tahu ni ? Pernah makan tak
seeedap kelapa sawit ni . Favourite saya masa kecik-kecik dulu kami adik beradik akan kutip & rebus pastu masak ni makan . Kunyah- kunyah buang hampas ( macam makan tebu ) pastu gelak tengok gigi masing2 kuning . Rindu zaman kecik2 dulu”
Ramai netizen yang menganggap Ardell sedang melalui proses biasa wanita mengandung iaitu ‘mengidam’ makanan yang mungkin agak pelik.
Perkongsian Ardell itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya. Ada di kalangan pengikutnya juga pernah memakan buah kelapa sawit.
Sumber: Ig Ardell Aryana
Leave a Reply Cancel reply