Pelakon Nur Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin telah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu Fattah Amin yang juga merupakan seorang pelakon dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.
Terbaharu, Fazura telah berkongsi di ruangan instagram story miliknya mengenai kece deraan yang dialaminya di pergelangan tanggan akibat me1ecur terkena minyak panas.
Pada mulanya, Fazura mendedahkan keadaan pergelangan tangannya itu tidak begitu serius, namun lama-kelamaan terdapat gelembung tumbuh di permukaan kulit.
Walaupun keadaan tangannya semakin teruk, Fazura tetap cuba merawat sendiri kerana tidak mahu ke hospital dalam saat kr1tikal sekarang.
“Berkali-kali saya ajak Fattah ke hospital, tetapi bila difikirkan semula, ia lebih menakvtkan
Tidak mengapa, kita positif sahaja, doa Insya-Allah sembuh tak lama lagi.
“Akhirnya saya terpaksa pecahkan juga gelembung itu, Mama hantar minyak gamat terus saya sapu banyak-banyak. Alhamdulillah dah kering walaupun masih sa kit,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat tentang keadaannya itu.
“Terima kasih buat semua yang cukup baik hati dan mengambil berat tentang saya, macam-macam petua saya dapat, Insya-Allah akan cuba satu per satu.
“Sayang anda semua kerana Allah, terima kasih doakan saya dan selalu sayang saya,” tulisnya lagi.
Susulan daripada kejadian tersebut, Fazura difahamkan membuat keputusan untuk berehat dari melakukan aktiviti di dapur.
Walaupun dia sedang berehat dan dalam proses untuk sembuh, Fazura turut tidak membenarnya Fatah memasak di dapur.
Sumber: Ig Fazura
Leave a Reply Cancel reply