“Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia” – Muhyiddin Yassin

Kerajaan memutuskan untuk memberi topeng muka secara percuma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan mengagihkan topeng muka tersebut kepada rakyat Malaysia.

“Saya nak umum, kita akan agih secara percuma kepada seluruh rakyat malaysia yang memerlukan, itu merupakan sumbangan kerajaan,” katanya dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.

Beliau berkata, langkah mengimport itu diperlukan selagi tahap bekalan topeng muka oleh pengeluar tempatan di negara ini tidak mencapai tahap yang memuaskan, dan tidak memenuhi keperluan domestik negara ini.
“Sementara bekalan (oleh pengeluar tempatan) belum sampai tahap memuaskan, kita ambil keputusan untuk mengimport dari China sebanyak 10 juta keping, yang patutnya dapat diusahakan dengan segera.

“Semalam saya arahkan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), agensi bertanggungjawab untuk mala petaka supaya mereka keluarkan peruntukan yang disediakan kerajaan, harga saya diberitahu lebih RM1.18 sen sekeping.

Mengenai harga siling topeng, Muhyiddin berkata, beliau telah arahkan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan (Infrastruktur) Datuk Seri Fadilah  Yusof, bersama-sama dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi untuk berbincang dengan pengeluar.

Menurut Muhyiddin lagi, harga kawalan itu perlu diteliti supaya tidak terlalu tinggi, apatah lagi negara berada dalam keadaan agak kr1sis seperti ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, beliau mengharapkan agar pengeluar tempatan dapat terus menghasilkan topeng muka secara mencukupi walaupun mereka mempunyai sedikit masalah mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara luar.

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*