Umum tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membendung wab4k Covid-19 menyebabkan banyak perkhidmatan dalam negara ini terpaksa dihentikan seketika operasi mereka.
Pelaksaanan tersebut turut menjejaskan operasi Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT), sekolah, taska serta pusat asuhan kanak-kanak.
Akibat penutupan taksa dan sekolah, timbul pula persoalan siapa yang akan menjaga anak-anak kepada kakitangan hospital yang terpaksa bekerja dalam tempoh getir ini?
Perkara ini telah mendapat perhatian daripada seorang bekas petugas taska yang kini berkhidmat sebagai eksekutif cukai dimana dia telah membuka khidmat asuhan percuma, khusus untuk anak-anak kakitangan pervbatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Nurul Nabilah Mohd Zohar, 26, mendedahkan idea itu diilhamkan sendiri oleh ibunya, Rozilah Moin, 48, selepas pengumuman PKP oleh perdana menteri pada Isnin lalu.
Malah katanya, idea itu berjaya direalisasikan memandangkan tempat dia bekerja juga ditutup sepanjang tempoh PKP sehingga 31 Mac ini, jelasnya kepada Mstar.
Posting di Facebook Nabilah.
“Rumah saya lima minit perjalanan ke HSI. Mak yang bagi idea. Mak kata, orang lain dah sumbangkan makanan, duit. Apa kata kita bagi sumbangan tenaga?
“Selepas post iklan di Facebook, dekat 10 orang jururawat dan doktor yang approach. Polis pun ada, tapi akhirnya hanya satu keluarga yang hantar.
“Ada seorang jururawat hantar empat orang anaknya yang akan kami jaga sehingga habis tempoh PKP ini secara percuma. Dia hantar dalam 12.30 tengah hari, jemput pukul 10 malam macam tu.
“Pada awalnya saya pun jangka dalam dua keluarga sahaja. Kita pun mahu elak jaga ramai-ramai sangat, risik0 pada kanak-kanak,” ujarnya lagi.
Kata Nabilah, dia dan tiga lagi adik beradiknya, Izzati Nabihah, 28, Izzati Najihah, 21 dan Nadzirah, 18, menawarkan khidmat itu secara percuma kerana simpati melihat nasib kakitangan pervbatan yang bertungkus-lumus mengendalikan pesak1t wabkk berkenaan.
Malah katanya, dia sekeluarga seikhlas hati melakukan khidmat itu memandangkan tiga lagi adik beradiknya juga mempunyai pengalaman bekerja di taska.
Nabilah dan adik-beradiknya mempunyai pengalaman bekerja di taska.
“Dulu habis sekolah je saya kerja di taska milik ibu saudara. Kami empat beradik ada pengalaman bekerja di taska.
“Empat orang kanak-kanak kami jaga sekarang, dengan mak sekali tolong jaga empat kanak-kanak tu. Nurse tu pun ada bawa makanan, tapi saya kata tak apa. Kami masak sekali untuk anak-anaknya.
“Kami buat khidmat ini percuma sahaja. Kesian tengok mereka bertugas,” katanya lagi.
Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai respond daripada pengguna facebook. Rata-rata netizen turut memuji khidmat murni yang ditawarkannya itu.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply