Keme1esetan Ekonomi, Tekanan Inflasi Tinggi Jika Perintah Kawalan Pergerakan lebih Lama

Ekonomi negara berdepan tekanan lebih hebat jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan terus dilanjutkan untuk satu tempoh lebih lama, demikian menurut pakar ekonomi.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Naseem Niaz Ahmad, berkata situasi sedemikian akan membantutkan segala perancangan untuk perkembangan ekonomi negara kerana pergerakan terbatas, manakala faktor ekonomi tidak dapat digunakan secara sepenuhnya.

Katanya, kegiatan ekonomi dan peruncitan juga akan mengalami kesan negatif yang drastik kerana pasaran tidak dapat berfungsi dengan baik apabila kebanyakan premis perniagaan terpaksa ditutup atau sebahagiannya tidak dapat beroperasi secara optimum.

“Pemberhentian pekerja serta pembelian panik yang berterusan, akan mewujudkan ketidakseimbangan pasaran yang akan membawa kepada fenomena kekurangan atau ‘shortage’.

“Dikhuatiri, ekonomi negara bukan hanya berdepan keme lesetan ekonomi, ia juga bakal berdepan dengan tekanan inflasi yang tinggi. Ini semestinya akan meningkatkan kos sara diri yang akan menghimpit, terutama golongan B40.

“Seperti krisis kewangan Asia 1997, tekanan ini akan meren catkan pertumbuhan ekonomi negara dan membawa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lemah,” katanya kepada BH.

Turut sependapat, Ketua Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias, yang beranggapan kerajaan sewajarnya mengeluarkan unjuran baharu untuk KDNK bagi tahun ini berbanding unjuran 3.2 hingga 4.2 peratus yang diumumkan sebelum ini.

Katanya, kemungkinan berlaku kemerosotan pengeluaran tidak dapat diketepikan memandangkan pertumbuhan global secara umumnya berada dalam tekanan yang besar.

“Ini kerana, ekonomi secara keseluruhannya merasai tekanan dari kedua-dua sudut iaitu permintaan dan bekalan.

“Justeru, adalah penting untuk kerajaan memberi tumpuan kepada isu berkaitan dengan pandemik termasuk meningkatkan dana bagi menubuhkan lebih banyak pusat ujian, pemberian perkhidmatan ujian percuma dan lain-lain,” katanya.

Mengulas mengenai pakej rangsangan ekonomi, Nor Zahidi berkata, ia berkemungkinan besar akan memberi tumpuan kepada keseluruhan ekonomi daripada hanya kepada industri yang terjejas semata-mata memandangkan kini semua pihak turut merasai impaknya

Namun, tegasnya, keutamaan perlu diberikan dalam membendung penyebaran virvs berkenaan kerana sebaik ia berjaya ditangani, perkara lain diharapkan akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya fikir, ini adalah waktu di mana Malaysia perlu berkrompomi dengan sasaran defisit belanjawan buat sementara waktu. Malahan, di waktu ge tir sebegini, kebanyakan negara akan mengabaikan sasaran defisit belanjawan mereka, dan Malaysia juga dijangka akan berbuat demikian,” katanya.

 

 

Foto: Google

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*