Rai Sebulan Usia Perkahwinan Di Rumah, Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Curi Perhatian Netizan

Pelakon Aiman Hakim Ridza baru sahaja mendirikan rumah tangganya bersama pelakon Zahirah Macwilson pada Februari lalu.

Usia perkahwinan mereka baru sahaja mencecah sebulan dan mereka meraikan sebulan usia perkahwinan itu dengan makan malam romantis di rumah.

Seorang pengguna twitter telah berkongsi sepotong video momen romantik pasangan serasi tersebut menerusi laman sosial twitter miliknya @bouquetofilis beserta kapsyen dibawah:

“Sebab Perintah Kawalan Pergerakan, Aiman dan Zahirah sambut makan malam monthsary kat rumah, cutenya! Inilah yang orang berpengaruh patut buat, galakkan orang duduk rumah. Jangan menunjuk tengah seronok bercuti di luar negara! #dudukrumah,”

Video yang berdurasi 40 saat itu memaparkan Aiman segak mengenakan suit hitam manakala Zahirah pula tampil jelita dengan busana dari warna yang sama menikmati makan malam bertemankan cahaya lilin.

Aiman turut membuat kejutan kepada Zahirah dengan menyanyikan lagu serta memetik gitar di balkoni rumah mereka.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai respond dari pengguna twitter yang lain.

“Saya perlukan lelaki seperti Aiman dalam hidup saya,” komen seorang wargamaya.

“Tengok Zahirah je kita dah tahu dia kaya, tapi dia tak demand pun nak raikan perkahwinan kat luar negara. Diorang buat kat rumah je weh, sweetnya,” puji seorang wargamaya.

“Sweet teruk, aku cop nak jadi isteri kedua Aiman,” usik seorang wargamaya.

“Wehhh, nak jugak macam ni! Halal relationship. Hmm, sendunya hidup aku,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video romantis tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan dan 18,000 ulang kicau daripada warga Twitter.

 

 

Sumber: Gempak, Foto Ig Aiman Hakim Ridza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*