“Semoga Allah Makbulkan Doa Ibu” – Siti Nurhaliza Titipkan Doa Buat Aafiyah & Orang Sekeliling

Saban hari, jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 semakin meningkat. Setakat petang 23 Mac 2020, jumlah kes pesak1t yang telah dijangkit1 telah mencecah 1518 secara keseluruhan.

Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes pesakit yang telah dijangkiti telah mencecah 1518 secara keseluruhan, setakat petang (23 Mac 2020). Dari jumlah tersebut, 159 pesaki1 telahpun pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital manala jumlah kemat1an pula telah mencecah 14 orang.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memanjatkan doa buat anaknya, Siti Aafiyah dan orang di sekelilingnya agar terhindar dari jangk1tan wab4k COVID-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan Siti menerusi laman instagram miliknya di mana dia memuat naik sekeping foto Aafiyah yang sedang berbaring di atas sejadah beserta kapsyen di bawah:

 

“Subhanallah.. anak ibu soleha ni.. Semoga Allah swt makbulkan doa ibu.. Semoga seluruh ahli keluargaku & orang sekelilingku di lindungi virus covid-19.. Di perkuatkan keimanan & keberkatan dunia serta akhirat..Anakku Aafiyah sentiasa di bawah lindungan Mu ,di angkat martabatnya , di takdirkan yang baik baik hidupnya serta menjadi muslimah berjaya dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb”

 

Perkongsian Siti itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya. Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan mengaminkan doa penyanyi nombor satu negara itu.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk  menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Sumber: Gempak, Ig ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*