Terbaharu, seorang pelakon telah berjaya membuat ramai terhibur apabila memakai kostum Dinasour ketika keluar membeli barang keperluan di pasar raya.
Adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida iaitu pelakon Betty Rahmad telah berkongsi beberapa keping foto dan video yang memaparkan dia memakai maskot dinasour berwarna oren ketika membeli di pasar raya.
Perkara tersebut dikongsikan Betty menerusi laman sosial istagram miliknya untuk tatapan umum beserta kapsyen dibawah:
Walaupun i sedih sayur, halia,kunyit, bawang, susu segala nenek semua licin habis tapi i happy sebab i percaya i buat ramai orang senyum dan terhibur harini on my birthday. Especially kakak/abang supermarket yang sanggup bekerja. So nampaknya esok kena pergi supermarket lain cari barang-barang yang tak dapat harini. Tak pasal-pasal korang nampak dinosaur shopping lagi. Adui kenapa korang beli sampai habis?
#covid_19 #socialdistancing #covid19mademedothis
.
Sumber video dari : saksi yang berada disituYes thats me
Perkongsian Betty itu telah mendapat pelbagai responddari kalangan pengikutnya serta rakan artis yang lain. Rata-rata mereka terhibur dengan gelagat Betty tersebut.
Sumber: Ig Betty Rahmad
Leave a Reply Cancel reply