Salah Beli Barang, Akhirnya Zahiril Serahkan Tugas ‘Ketua Keluarga’ Kepada Shera

Umum tahu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari Bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi membendung penu1aran wab4k Covid-19. Perintah ini menyebabkan semua orang tidak dibenarkan keluar rumah jika tidak ada urusan penting.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah menetapkan bahawa hanya ketua keluarga yang dipilih sahaja boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan dan perkara ini disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Di pasaraya kita dapat melihat ramai kaum suami yang keluar untuk membeli barang keperluan namun ada di antara mereka yang tidak tahu membezakan setiap jenis sayur.

Hal ini turut terjadi kepada pasangan pelakon Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyod apabila masing-masing memuat naik satu entri membabitkan arahan ketua keluarga.

“Betul ke hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar membeli barang dapur seperti sayur, rempah, daun-daun dan lain-lain? Aduhh.

Dengan ini saya melantik Shera Aiyob sebagai ketua keluarga sehingga 31 Maca 2020. Sekian,” tulis Zahiril di Instagram miliknya.

Menurut Zahiril, dia bukannya tidak bertanggungjawab membiarkan isterinya keluar beli barang namun dia bimbang tidak dapat membeli baang yang disuruh dengan betul.

“Bukan tak bertanggungjawab, tapi kalau aku berdiri tegak depan rak sayur 4 jam, siapa nak jawab?” tulis Zahiril lagi.

Shera Aiyob turut memuat naik satu entri di Instagram miliknya menjawab kepada entri yang dimuat naik Zahiril.

“Disebabkan sebelum ini telah berlaku kejadian kita minta beli brokoli tapi dia bawa balik cauliflower, dan beberapa kejadian lain, jadi dengan ini saya terima lantikan sebagai ketua keluarga sehingga 31 Mac 2020 ini ya, Zahiril.

“Ini juga bertujuan untuk mengelakkan membaziran wang sekiranya ketua keluarga sebenar Zahiril Adzim asyik beli barang yang salah dan tidak diperlukan,” seloroh Shera pula.

Perkongsian Shera itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya.

 

Sumber: Gempak, Ig Shera Aiyob

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*