Lima Penolong Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikuarantin selepas mereka mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19.
Kesemua mereka, yang turut dikenali sebagai jurunikah, berumur antara 37 hingga 55 tahun telah menjalani ujian Covid-19 dan sedang menunggu keputusannya.
Menurut Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, lima jurunikah itu telah berhubung dengan individu-individu yang telah diuji positif Covid-19 pada acara atau lokasi yang berlainan.
Pegawai Jais yang pertama, berusia 37 tahun, telah menjalankan proses akad nikah seorang pengantin lelaki yang positif Covid-19 pada 6 Mac.
Pengantin perempuan serta beberapa saudara mara juga kemudiannya diuji positif Covid-19. Mereka disyaki telah berjangk1t daripada salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki.
Lelaki itu dikatakan telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac.
Jurunikah kedua yang berusia 43 tahun mempunyai kontak rapat dengan pengerusi dan timbalan pengerusi sebuah masjid yang kedua-duanya diuji positif Covid-19.
Jurunikah ketiga pula adalah penolong pendaftar perkahwinan berusia 55 tahun yang telah bersalaman dengan dua individu kumpulan tabligh yang telah diuji positif Covid-19.
Jurunikah seterusnya berusia 49 tahun, mempunyai hubungan rapat dengan bapa pengantin lelaki yang diuji positif Covid-19.
Yang terakhir adalah seorang lelaki berusia 45 tahun yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac.
“Mereka semua dikuarantin di rumah,” kata Shahzihan ketika dihubungi.
Beliau juga menambah bahawa semua upacara akad nikah telah dihentikan sementara oleh Jais.
Foto: Google
Sumber: The Star via Mstar
Leave a Reply Cancel reply