“Papa Tak Kenal Zizi Ke?”- Norzizi Zulkifli Dedah Keadaan Terkini Bapanya

Ayah kepada pelakon dan pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli iaitu legenda Datuk Zulkifli Zain telah disahkan mempunyai jangk1tan kuman dalam d4rah dan masalah buah pinggang ketika berada di hospital minggu lalu. Perkara tersebut didedahkan Zizi menerusi instagram miliknya.


Selain itu, Zizi turut menceritakan kisah dimana ada satu masa bapanya seperti sudah tidak mengenali dirinya. Ayah Zizi hanya mampu mengalirkan air mata pada waktu itu.

“Bila Papa macam senyap dan tak kenal atau ingat. Sejak saya sampai dan saya jaga dia, dia senyap. Saya decided untuk sembang la dengan Papa dari saya diam je.

“Saya lantas secara spontan bertanya soalan-soalan atas. Dan tak sangka, dia tak respond and tak jawab, tapi menangis dengan soalan saya,” luah Zizi.

Kisah itu ditulis dalam satu nota bertarikh 16 Mac lalu, jam 1.12 pagi ketika bapanya berada di hospital.

Terbaharu, Zizi telah memuat naik foto di mana dia membawa bapanya yang sudah pulang ke rumah untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan.

Pagi semua!! Assalamualaikum! Dato is ready for his check up! Pandai adik2.. depa kata “Haaa… ko tak kerja kn, ko dengan Abg Bayu kena bawak Papa ke hospital for check up”. Ya, saya jarang berkesempatan membawa mereka ke check up. Sebab sy kerja. Banyak meetings or classes. Pernah bawak 4/5 kali je so now, it’s my turn Jap g pakai mask k…

 

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya.

 

Sumber: Ig Norzizi Zulkifli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*