“Ini Bukanlah Masa Nak Suka-Suka Masak Macam Nak Raya Pula” – Aishah Catu Makanan

Semakin hari isu wab4k Covid-19 semakin membimbangkan. Hampir setiap hari, media melaporkan ada kemat1an disebabkan Covid-19.

Bagi Aishah yang merupakan Juara Gegar Vaganza 2017,  mendedahkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk mencatu makanan keluarganya kerana bimbang dengan keadaan semasa pandemik Covid-19.

Tambah Aishah lagi, melihat situasi sekarang, langkah ini adalah langkah terbaik yang perlu diambil oleh setiap keluarga.

Perkara itu telah dikongsikan Aishah menerusi instagram miliknya beserta kapsyen dibawah:

Day #5 – Reality kicks in,dgn.semakin byk.kematian mangsa Covid19.Am terrifiedNgeri… Hari ini,I ambil keputusan utk.mencatu stock makanan di dalam rumah kami.Ini bukanlah masa nak suka2 masak mcm nak raya pulak.Kenapa I kata begitu???Kalau kita,ibu2 asyik masak macam2,sudah tentu brg.keperluan kita cepat habis.Maka ketua2 keluarga terpaksa keluar utk membeli barang makanan.Ini bermakna kita meletakkan suami/anak/ketua keluarga kita dlm risiko jangkitan Covid19.Anggaplah bila kita minta ketua keluarga pergi membeli barang keperluan kita menghantar mereka ke medan ‘perang’.Sanggup ke kita senang2 je mintak mereka keluar pasal kita nak makan sedap2.Jadi hari ni kami panaskan ‘rezeki ‘ semlm,juga nasi goreng dgn nasi lebih semalam.Ikan bilis goreng dan serunding memang sentiasa standby sejak kebelakangan ni.Ikan pun ikan goreng kelmarin.Yg.ramai anak2 di rumah tu,mungkin boleh ‘catu’ makanan setiap hari,mungkin kita kumpulkan makanan yg boleh di makan utk hari ni saja,umumkan pada ahli keluarga boleh makan byk itu sj utk hari ni,secara automatic kita akan berpada2 bila makan tu,bukannya makan like there is no tomorrow okBegitu juga,esok dan lusa.Yg.pandai memasak mungkin boleh share resipi2 makanan yg.menggunakan bahan paling kurang.Kalau kita amalkan ini,kurang keraplah org tersayang kita terpaksa keluar buat masa ini.Juga,ianya boleh menimbulkan rasa ’empathy’ kepada kawan2 kita yg kurang kemampuan.I percaya ramai yg kreatif,jom kita ‘create’ resipi murah dan mudah utk family kita.Stay safe,stay healthy,STAY HOME guys #sampaikanygbaik2#AishahjmmC19thoughts

 

 

Perkongsian Aishah itu telah mendapat pelbagai respond dari kalangan pengikut instagramnya.

 

 

Sumber:  Ig Wan Aishah Wan Ariffin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*