Pernah Hidup Susah, Wanita Ini Jahit 200 Topeng Muka Dan Agihkan Secara Percuma

Saban hari, penu1aran wab4k Covid-19 semakin membimbangkan. Jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Apa yang tambah merisaukan orang ramai adalah apabila bekalan topeng muka dan hand sanitizer semakin berkurangan. Hampir keseluruhan farmasi di Malaysia kehabisan bekalan topeng muka dan hand sanitizer. Kalau ada pun, topeng muka tersebut dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Oleh hal yang demikian, seorang wanita dengan rela hati menjahit topeng muka untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Wanita tersebut memberikan topeng muka secara percuma ketika pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PRK).

Menurut wanita tersebut yang dikenali sebagai Haida Abdullah, setakat ini sudah 100 topeng muka siap dijahit olehnya dan 100 lagi dalam persiapan sebelum diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Haida merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, berkata dia turut bersimpati dengan keadaan orang ramai yang inginkan  topeng muka bagi menjaga kesihatan.

Haida mendedahkan bahawa dia menjahit topeng muka ini dan agih secara percuma adalah tanda balasnya kepada keprihatinan orang ramai sebelum ini yang pernah membantunya yang mengalami kemiskinan hidup. Sebelum ini kemiskinan keluarganya mendapat perhatian netizen sehingga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyediakan rumah buatnya.

Pada tahun lepas, Harian Metro turut melaporkan tentang kisah wanita ini mengenai keadaan rumahnya yang sungguh usang. Suaminya hanyalah bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan berjumlah RM500 sebulan dan dengan gajinya suminya itu dia tidak mampu untuk membayar sewa rumah. Walau bagaimanapun, pihak MAIK telah memberinya sebuah rumah untuk dia dan keluar menetap di situ. Pada awalnya, dia menyangkakan bahawa pihak MAIK ingin memberi bantuan keperluan harian. Sungguh tidak sangka bahawa dia sekeluarga menerima kediaman baru yang jauh lebih selesa.

Sumber: Harian MetroAstro AwaniHarian Metro via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*