Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat beberapa kakitangan pervbatan Hospital Teluk Intan (HTI) positif COVID-19.
Tanpa menyatakan jumlah kakitangan yang positif wab4k itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan di HTI.
“Pihak pengurusan HTI telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan hospital dan ia menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangk1tan positif COVID-19 dikenal pasti, ” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beberapa hari lalu, tvlar di media sosial menyatakan HTI lvmpuh disebabkan enam kakitangan pervbatan positif COVID-19.
Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai agar tidak menu1arkan sebarang berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.
Katanya untuk sebarang maklumat berkenaan COVID-19 boleh merujuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Setakat 12 tengah hari Ahad, terdapat 66 kes positif COVID-19 direkodkan di Perak.
Sumber: BERNAMA via Mstar
Leave a Reply Cancel reply