“70% Kemungkinan Dia Dijangkit1…” – Sharifah Sakinah Bawa Anak Jalani Ujian Saringan COVID-19

Pelakon Sharifah Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Binti Syed Abu Bakar Al-Khaired telah berkahwin dengan Alif Adha pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Anais Adha pada tahun 2017.

Terbaharu, Sakinah telah mendedahkan bahawa anaknya Anais mempunyai tanda-tanda gejala COVID-19 manakala suaminya tiada di sisi kerana perlu bertugas.

Perkara itu dimuat naik Sakinah menerusi laman instgaram miliknya sambil menasihati orang ramai supaya tinggal di rumah.

“DUDUK RUMAH! Jogging kat taman pun tak perlu. Aku pun nak jogging. Ini aku di Thompson Hospital 2 hari lepas.

“Anais kena sak1t tekak, batvk yang kering dan dem4m. Bawa dia ke beberapa hospital swasta sekitar Kuala Lumpur tapi semua tak nak ambil kes dia,” tulis Sakinah.

Menurut Sakinah ada 70% kemungkinan anaknya itu dijangkiti virus COVID-19 kerana tanda-tanda yang dialaminya dan dia telah membawa anaknya ke Hospital Thompson untuk membuat ujian saringan COVID-19.

“Jadi kami ke Hospital Thompson dan mereka buat screening, swab dan semuanya.

Walaubagaimanapun, Sakinah bersyukur kerana keputusan ujian tersebut adalah negative.

“Semalam kami dapat keputusannya, dan Alhamdulillah ianya negatif,” tulis Sakinah tanda bersyukur.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai respond dari pengikutnya.

 

 

Sumber: Ig Sharifah Sakinah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*