Kerajaan Usaha Bawa Masuk 10 Juta Topeng Muka Dari China

Kerajaan akan mendapatkan bekalan sebanyak 10 juta penutup hidung dan muka dari China, susulan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran tempatan.

Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bekalan topeng muka itu nanti akan diberikan kepada mereka yang berkhidmat di barisan hadapan termasuklah kakitangan kesihatan, anggota polis dan ten tera.

“Isu sekarang ini ialah kurangnya bekalan topeng muka. Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Menteri-Menteri memutuskan, kita akan cuba mendapatkan bekalan dari China berjumlah 10 juta topeng muka.

“Ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan yang akan bawa masuk secara beransur-ansur.

“Keutamaan pengagihan kepada frontliner iaitu pihak yang menguruskan hal COVID-19 iaitu KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), di peringkat kebangsaan dan negeri, polis, tentera yang akan bersama frontliner,” katanya dalam satu sidang media seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Pengagihan 10 juta penutup muka dan hidung itu akan diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Kalau ada lebihan 10 juta itu barulah akan diberikan kepada pasaran yang akan diuruskan oleh NADMA. NADMA akan bekerjasama dengan Pharmaniaga untuk diagihkan di pasaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, pemakaian topeng muka hanya mengikut garis panduan yang disaran Kementerian Kesihatan, seperti diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Namun dalam sudut kesihatan, bila kita perlu pakai topeng itu nanti, ikutlah apa disaran KKM yang akan memberi pengumuman dari semasa ke semasa. Jangan khuatir kata kami tidak pakai topeng muka. Adakah ia bah4ya atau tidak.

“Sebenarnya kami mengikut apa yang diumumkan WHO dan diikuti oleh KKM bahawa siapa yang tidak terdedah atau tidak s4kit tak perlu pakai topeng muka. Jangan sebar suatu yang tidak berasas, ikutlah garis panduan dianjurkan oleh KKM,” kata beliau lagi.

 

Foto: Google

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*