“Isteri Sedih Tapi Kami Tak Mampu Melawn Ketentuan ini!” – Ezad Lazim Tangguh Majlis Bersanding

Sebelum ini, penyanyi Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim telah mengumumkan bahawa dia akan bersanding buat kali kedua dengan isterinya di sebuah premis acara di Petaling Jaya pada 29 Mac depan.

Majlis tersebut dikatakan bakal diadakan serentak dengan perasmian perniagaan berkaitan perancang perkahwinan yang diusahakan Ezad bersama isteri.

Namun begitu, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari Bermula 18 Mac sehingga 31 Mac bagi membendung penu1aran wab4k COVID-19.

Menurut Ezad, dia akui sedih kerana terpaksa menunda majlis tersebut namun dia percaya ada hikmah di atas apa yang berlaku.

“Niat nak meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh kami nampaknya tak kesampaian kerana penu1aran wabak Covid-19 ini.

“Tapi apa nak buat, kita hanya mampu merancang selebihnya tuhan tentukan, persiapan semua memang dah siap! Isteri pada awalnya bersedih tapi akhirnya kita tak mampu melawn ketentuan ini.

“Saya percaya ada hikmah lain… Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik selepas ini. Sekarang ini kami habiskan masa bersama keluarga, mengemas rumah!,” katanya.

Bercakap soal tarikh baharu majlis mereka itu, Ezad berkata semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

“Tarikh baharu tak tahu lagi, bergantung keadaan semasa sehingga Covid-19 ini dah pulih.

“Apa yang penting semua orang jaga diri, jaga kesihatan… apabila keadaan sudah kembali okay kita nak kerja pun hati rasa senang,” ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar, ig Ezad Lazim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*