Pelakon jelita Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina baru sahaja menunaikan ibadah Umrah Januari lalu.
Sweet tidak lokek berkongsi pelbagai pengalaman ketika dia mengerjakan umrah. Pengalaman-pengalaman tersebut dikongsikan Sweet di laman instagram miliknya.
Terbaru, Sweet telah berkongsi kisah dia mendaki Gua Hira. Menurut Sweet, kalau dibandingkan dengan Batu caves, bilangan anak tangga Gua Hira adalah tiga kali ganda bilangan anak tangga Batu Caves.
“Perasan tak I bergambar kat mana ni? Siapa sangka budak kecik ni dapat mendaki sampai 600 anak tangga!
“Bayangkan kalau Batu Caves ada 272 anak tangga, ini kali tiga! Tak sia-sia tau,” tulis Sweet di ruangan kapsyen.
Menurut sejarah yang dikongsi Sweet, Gua Hira inilah tempat Rasulullah SAW duduk untuk bermunajat dan berzikir.
“Dari atas ni baginda SAW boleh nampak seluruh pemandangan kota Mekah, dan dari atas ni juga Baginda SAW dapat melihat gelagat penduduk kota Mekah.
“Baginda SAW dulu memang selalu duduk sorang untuk tenangkan hati dan fikiran. Tapi bayangkanlah Baginda SAW berumur 40+ masih kuat naik ke atas ni, dan isteri Baginda SAW pun if nak hantar makan minum pun larat untuk naik. Kita belum tentu kuat,” cerita Sweet.
Sweet juga mendedahkan bahawa dia sendiri rasa tidak larat untuk mendaki Gua Hira dengan keadaan perubahan cuaca.
“Even sweet pun tak larat. Nak naik tu dari sejuk cuaca terus panas la. Nasib kat atas berangin, nasib bawak baju sejuk jugak Balik hotel terus pengsan.
Kalau tak salah, disini Rasul SAW ada menerima wahyu. Ada sesiapa tahu?” tanya Sweet.
Perkongsian Sweet telah mendapat pelbagai respond daripada pengikutnya.
Sumber: Sweet Qismina
Leave a Reply Cancel reply