“Terbaiklah Brother!” – Suami Anzalna Nasir Dipuji Netizan Buat CSR Bantu Peniaga Kedai Makan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti yang semua sedia maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, semua pengusaha kedai makan hanya dibenarkan berniaga dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran atau bungkus sahaja.

Bagi pengusaha restoran makanan segera, mungkin tidak menjadi masalah kerana umum sudah maklum dengan perkhidmatan penghantaran yang disediakan, namun, bagi peniaga kedai makan biasa situasi itu mungkin membimbangkan mereka

Namun, tindakan suami kepada pelakon Anzalna Nasir, Hanif Zaki wajar dipuji apabila membantu golongan peniaga kedai makan dengan mempromosikan perniagaan mereka secara percuma di media sosialnya.

Menurut Hanif, ia merupakan sebahagian inisiatif yang dilakukannya sendiri sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan peniaga kedai makan.

“Kedai makan yang ada buat penghantaran (makanan). Siapa nak suruh saya tolong promosikan secara percuma, sila DM (mesej secara peribadi) kepada saya.

“Inisiatif tanggungjawab sosial korporat saya sendiri!” tulisnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

Perkongsian Hanif itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya yang memuji tindakan Hanif selaku pemilik akaun yang mempunyai pengaruhnya tersendiri di laman sosial.

“Ikhlas niat Hanif, kenapa tidak?, Ini akan membantu mereka yang memerlukan.

“Semoga terus dikurniakan rezeki kekayaan yang melimpah ruah lagi barakah.

“Terbaiklah brother!

“Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa dan budi baik boss,” tulis sebahagian pengikutnya.

Sejak semalam, Haniff menjadikan platform Instagram Story mempromosikan kedai-kedai makan yang memerlukan bantuannya untuk diwar-warkan kepada lebih 260,000 pengikutnya di Instagram.

Sebelum ini, Anzalna juga pernah mendapat perhatian apabila secara sukarela membantu pasangan kurang berkemampuan yang menerima kehadiran cahaya mata.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidress yang kini menginjak usia setahun.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*