Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memaklumkan bahawa dia kini terpaksa untuk kekal berada di Singapura bagi menghabiskan baki penggambaran sebuah program masakan di negara tersebut.
Menurut Fazley, 42, biarpun berada di luar negara ketika penul4ran wab4k COVID-19, dia tetap mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
“Saya dengan pihak produksi di Singapura sebulat suara bersetuju untuk saya tidak balik Malaysia sehingga saya selesai penggambaran semifinal dan final program #KekChampion.
“Kehidupan di Singapura berjalan seperti biasa, masing-masing sangat bertanggungjawab dalam proses menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
“Saya juga tak ke tempat-tempat umum yang ramai orang, saya tak bersalaman dengan sesiapa dan sentiasa ada sanitizer dengan saya,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, pelantun lagu Asmara Ini itu turut berkongsi rakaman video perbualan anak-anaknya yang menangis disebabkan terpaksa berjauhan dengannya.
“Memang tak dinafikan sedih sebab lama sangat berjauhan dengan keluarga, tapi ini pilihan terbaik atas sebab tanggungjawab yang belum selesai.
“Tadi anak-anak saya tengok klip panggilan video saya dengan @elliefazley serta pesanan saya untuk mereka semua, masing-masing terus men4ngis nak Dida dia pulang hari segera. Dida akan pulang ke rumah tak lama lagi baby Dida semua,” ceritanya.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam sehingga 31 Mac ini termasuklah sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat kemasukan pelawat ke negara ini.
Ia merupakan salah satu usaha bagi membendung penul4ran wab4k COVID-19 yang sudah memasuki gelombang kedua di negara ini.
Sumber : Gempak
Leave a Reply Cancel reply