“Kami Akan Kuarantin Diri Sendiri” – Baru Pulang Dari Australia, Liyana Jasmay Patuhi Langkah Penjagaan Kesihatan

Perkara itu dikongsi Liyana menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

“Kami sepatutnya kembali ke Malaysia pada 23 Mac, tetapi disebabkan kebimbangan terhadap Koronav1rus, kami membatalkan beberapa lokasi dan memendekkan masa penggambaran untuk pulang lebih awal.

“Masa ketibaan kami di Malaysia adalah pada awal pagi 18 Mac, sebaik sahaja bermulanya perintah kawalan pergerakan di negara kita.

“Kami akan kuarantin diri sendiri selama 14 hari seperti yang diarahkan untuk mengenal pasti jika ada gejala yang berlaku,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Liyana turut menulis kata-kata penghargaan buat pengamal pervbatan dan semua individu yang terlibat dalam usaha mengawal w4b4k c0v1d-19.

“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan mereka yang terlibat dalam usaha menangani pandemik ini, kami berjanji akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda semua dengan hanya duduk di rumah sahaja,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Liyana men1ngg4lkan respon berbeza, ramai antara mereka menasihati Liyana untuk mematuhi langkah penjagaan kesihatan dengan sebaik mungkin.

 

Mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*