Baru -baru ini, penampilan pengacara Uyaina Arshad ketika menjadi hos jemputan program hiburan MeleTOP mendapat pujian warganet.
Tampil bergandingan dengan Nabil Ahmad, skil Uyaina mengendalikan rancangan hiburan popular itu mendapat pujian netizen di laman Instagram MeleTOP.
Rata-rata netizen mengatakan Uyaina layak ganti tempat Neelofa sebagai pengacara MeleTOP.
Namun begitu, Uyaina telah mendedahkan bahawa dia gementar untuk menggalas tugas sebagai hos jemputan program terbabit kerana ia bukan calang-calang program hiburan.
“Sebenarnya, saya gemuruh juga. MeleTOP merupakan satu program besar dan semenjak Neelofa mengundurkan diri, setiap minggu MeleTOP tampilkan pengacara wanita undangan.
“Sudah tentu cara pengacaraan akan menjadi perbandingan netizen. Ada yang mengec4m, ada juga yang memuji. Begitulah yang terjadi setiap minggu,” katanya ketika dihugungi Gempak.
Tambah Uyaina lagi, dia tidak memikirkan sangat mengenai pujian yang datang, sebaliknya dia rasa lega selepas selesai menjalankan tugas sebagai hos jemputan MeleTOP.
“Sejujurnya, saya hanya rasa lega selepas selesai mengacarakan program ini. Perasaan tu lebih banyak saya fikirkan berbanding perkara lain. Alhamdulillah,” kata Uyaina lagi.
Ketika ditanya adakah Uyaina bersedia untuk menjadi hos tetap MeleTOP sekiranya ditawarkan, Uyaina menyambut positif cadangan terbabit.
“Kalau diberi peluang, apa salahnya, kita cuba,” jawab Uyaina ringkas.
Sumber: Gempak, Ig Uyaina Arshad, Ig Meletop
Leave a Reply Cancel reply