“Badan Ketul-Ketul Pun Pakai Sarung Tangan Ke Bang?”- Diper1i Pakai Sarung Tangan, Ini Jawapan Balas Saharul Ridzwan

Pelakon Saharul Ridzwan atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim telah berkongsi sesuatu di laman instagramnya.

Menurut Saharul, dia telah menerima kata-kata sind1ran daripada beberapa orang lelaki yang tinggal berdekatan di rumahnya gara-gara memakai sarung tangan untuk ke kedai.

“Jadi tadi saya keluar kejap pergi kedai kat kawasan rumah saya.

“Terjumpa dengan 2 orang pemuda, seronok dorang sembang sambil hembus asap rok0k. Lepas tu gelak-gelak.

“Tak pakai mask, tak pakai gloves, apa pun takde. Dia tegur saya, badan ketul-ketul pun pakai sarung tangan ke bang. Malas aku layan kau, terus chow malas ambik pot,” tulis Saharul di ruangan kapsyen beserta gambarnya memakai sarung tangan.

Disebabkan perkara itu, Saharul telah membalas perl1an itu dengan menegaskan soal keselamatan tidak boleh dipandang remeh kerana COVID-19 tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

“Derr, ni bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawn tu lagi halus dari kuman, mana nak nampak.

“Dumbell sebesar alam tu bolehlah elak, tu pun kadang-kadang terl4nggar jugak dekat keting. Keluar air mata woo.

Tambah Saharul lagi, soal keselamatan tidak boleh dijadikan bahan gelak tawa.

“Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat utk elak, kita elaklah.

“Tak kira hebat kebal tara mana pun kita, kita ni tetap hamba Allah yang lemah. ALLAH datangkan ‘lawn’ paling kecik je untuk kita, menggelupur, tak ada apa yang boleh kita buat.

“Kecuali, doa pada Allah, usaha dan tawakal. Solat jangan tinggal,” tulisnya lagi.

 

Perkongsian Saharul itu telah mendapat pelbagai respond dari kalangan pengikut instagramnya.

 

Sumber: Ig Saharul Ridzwan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*