Terkilan Tidak Dapat Pulang Ke kampung Halaman, Ini Yang Dilakukan Zaquan Adha Bersama Anak-Anaknya Di Rumah

Umum tahu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 14  Hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi membendung penu1aran wab4k COVID-19.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang merancang untuk pulang ke kampung perlu membantal niat mereka itu bagi mengelakkan penyebaran wab4k COVID-19 kepada ahli keluarga dan invidu sekeliling yang berada di kampung.

Bagi pemain bolasepak Kedah, Zaquan Adha, dia turut membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung halamannya di Seremban walaupun perancangannya itu sudah lama dibuat.

Tambah Zaquan lagi, dia akui terkilan kerana tidak pulang ke kampung untuk bertemu keluarga dan emaknya.

Perkara itu dikongsi Zaquan menerusi laman instagram miliknya bersama sebuah video pendek yang memaparkan aktiviti yang dilakukanya bersama anak-anaknya di rumah beserta caption dibawah.

“18 Mac, ceritanya semalam dah ready nak balik Seremban, memang lama dah rancang nak balik jumpa keluarga dengan mak di Seremban.

“Tiba-tiba mereka umumkan lebih baik untuk kekal berada di rumah sebab masalah w4bak COVID-19, tak ada rezeki nak jumpa mak dan keluarga, mungkin ada hikmah.

“So daddy pun rancang aktiviti yang boleh gembirakan anak-anak daddy, so maybe korang yang ada keluarga dan anak-anak boleh try buat macam ini dekat rumah okay, selamat bercuti dan jaga keselamatan untuk anda semua,” tulisnya Zaquan.

 

 

Sumber: Ig Zaquan Adha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*