“Tahukah anda apakah perasaan yang paling dramatik?” – Nora Danish Kongsi Pengalaman Doktor

Pelakon Nora Danish atau nama penuhnya Nora binti Mohd Danish Hanif telah berkongsi sesuatu di laman instagramnya di mana dia berkongsi pengalaman yang dilalui oleh seorang doktor bernama Francesca Cortellaro. Nora hanya menulis kapsyen tanda pagar #fightcoronavirustogether serta beberapa emoticon sedih.

 

“Tahukah anda apakah perasaan yang paling dramatik? Menyaksikan sendiri pesak1t mat1 sendirian, mendengar mereka merayu pada anda untuk bertemu anak-anak dan cucu-cucu.

“Pesak1t Covid- 19 hanya bersendirian, tiada ahli keluarga di sisi untuk membantu dan bila mereka akan ‘pergi’, mereka boleh merasakannya,” tulis Dr. Francesca Cortellaro.

Tambah Dr. Francesca, pesak1t tidak melalui narcolepsy (perasaan ingin tidur dengan tenang). Mereka seolah-olah kelemasan, tetapi mempunyai masa untuk mengetahuinya.

Kali terakhir adalah malam tadi. Dia seorang nenek dan sangat teringin berjumpa dengan cucu perempuannya.

“Saya keluarkan telefon saya dan membuat panggilan video. Mereka mengucapkan selamat tinggal. Tidak lama kemudian, dia pun men1nggal.

Menurut Francesca, hingga kini dia sudah mempunyai senarai panggilan video yang panjang yang dinamakannya senarai selamat tinggal.

“Saya berharap mereka dapat memberikan saya iPad mini, dan saya akan bawa tiga atu empat supaya mereka tidak mati bersendirian.

“Sekarang kalau anda mampu, teruskanlah mengadu yang anda bosan terpaksa berkurung di rumah,” luah doktor itu.

Perkongsian Nora itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya. Rata-rata pengikutnya berasa sebak dan meminta agar semua duduk di rumah.

 

Sumber: Ig Nora Danish

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*