Sempena Ulang Tahun Kedua Aafiyah, Rozi kongsi Kisah Ketika Aafiyah Masih Lagi Dalam Kandungan

Pengurus kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak yang juga bekas kakak ipar Siti, telah memuat naik satu video ucapan hari lahir buat anak saudaranya,Siti Aafiyah.

Sebagai makluman, Rozi, 46, telah mengesahkan rumah tangganya dengan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu.

Video yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu  lengkap dengan sepotong puisi yang ditujukan khas buat Siti Aafiyah yang juga anak kepada Siti Nurhaliza.

Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.

Ketika dunia menyapamu
Kali pertama,
Kau adalah kurnia,
Di usiamu menginjak dua,
Kau adalah syurga dan cinta.
-Mak Rozi
19 Mac 2020

 Beserta puisi tersebut, Rozi turut berkongsi kisah ketika Aafiyah dalam kandungan, dimana Siti sangat teringin untuk minum Air Batu Campur (ABC).

“Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah. Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg. Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.

Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair. Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha. Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah. .
Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.”tulis Rozi di ruangan kapsyen itu.

Sempena ulang tahun kelahiran Aafiyah yang kedua, Rozi turut mendoakan anak sedaranya itu menjadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri.

Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.” – Tulis Rozi lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai respond dari pengikutnya.

 

 

Sumber: Ig Rozi Abdul Razak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*