“Kalau Ada Yang Degi1 Tolonglah Sekolahkan Atau…”- Erra Fazira Ingatkan Netizen Yang Tak Ikut Arahan

Umum tahu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan 14 hari bagi membendung penu1aran wab4k COVID-19 bermula hari ni 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Namun begitu, masih ramai yang kurang kesedaran mengenai perintah kawalan ini dengan bebas keluar rumah dan berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang .

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada pelakon Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek. Erra turut mengingatkan kepada semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Tambah Erra lagi, walaupun banyak kerja yang tertangguh dan memberi kesan kepada ekonomi, namun kesihatan diri tetap perlu diutamakan.

“Fahami jaluran wab4k COVIC-19. Ada sebab di suruh duduk di rumah.

“Tolong jangan keluar tanpa urusan penting! Sangat penting!!

“Ya bosan.. Ya ekonomi terganggu.. Ya banyak kerja tertunda.. Tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi tarvhan.

“Malah bukan kita sebagai individu tetapi seluruh keluarga, seluruh kawasan, seluruh daerah, seluruh negeri, seluruh negara akan pincang,” tulisnya di Instagram miliknya.

Selain itu, Erra turur menyarankan orang ramai supaya menegur dengan cara yang baik kalau ada yang masih berdegi1 untuk ikut arahan tersebut.

“Kalau ada yang degi1 tolonglah sekolahkan atau tarbiahkan secara berjemaah (cara baik) kerana tindak tanduknya akan mengundang par4h kepada orang lain. Fikirkan kesayangan-kesayangan hambaku semua,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya. Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang dikatakan Erra itu.


Sumber: Ig Erra Fazira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*