Pakai Topeng Muka, Pengering Tangan Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Ketahui 10 Mitos Mengenai Wab4k Ini

Semakin hari penularan wab4k Covid-19 semakin membimbangkan di negara kita. Ini telah membuatkan ramai daripada kita berasa takut dan pan1k.

Sehingga Rabu lalu, sebanyak 117 kes baharu dilaporkan dan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 790 kes.

Masih ada dalam kalangan pesak1t positif Covid-19 pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

W4bak ini juga telah mencatat dua kemat1an di Sarawak dan Johor pada Selasa.

Orang ramai membuat pembelian panik.

Sementara itu, di laman sosial ramai mula menjadi ‘pakar’ apabila ada yang menyebarkan maklumat palsu termasuklah pelbagai mitos kononnya boleh menyembuhkan pesak1t serta petua mengelak daripada terkena anc4man wab4k itu.

Berikut adalah 10 mitos mengenai Covid-19 yang tidak seharusnya anda percaya seperti dilaporkan Medical News Today.

1. Menyembur klorin atau alk0hol pada kulit dapat membvnuh virus Covid-19 dalam badan

Mitos itu sama sekali tidak benar! Ini kerana menyembur alk0hol atau klorin pada badan boleh mendatangkan kemvdaratan terutamanya jika ia terkena mata atau masuk ke dalam mulut.

Meskipun kedua-dua bahan itu boleh membasmi kuman pada permukaan, ia tidak sepatutnya digunakan pada kulit. Apatah lagi membvnuh virus dalam badan.

2. Hanya orang dewasa boleh dijangk1ti w4bak Covid-19

Virus itu boleh terdedah kepada sesiapa sahaja tidak kira usia. Bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti d1abetes atau ashma, situasi mereka boleh jadi lebih buruk jika terkena jangk1tan itu.

3. Individu dijangk1ti Covid-19 akan mat1

Kenyataan ini sama sekali tidak benar. Laporan yang dikeluarkan oleh Kawalan dan Pencegahan Penyak1t China mendapati 80.9 peratus kes w4bak itu dikategorikan sebagai tidak teruk.

4. Kucing dan anjing boleh sebar Covid-19

Ketika ini, kajian masih dilakukan mengenai kenyataan itu. Namun dalam satu kes di Hong Kong, anjing peliharaan seorang pesak1t positif Covid-19 tidak menunjukkan sebarang simptom ia sak1t.

Saintis masih berdebat tentang hal itu malah seorang profesor di Universiti Nottingham, UK memberitahu ia memerlukan kajian lebih menyeluruh terutamanya dalam membezakan jangk1tan sebenar dan mengesan kehadiran virus itu pada haiwan.

5. Topeng muka dapat cegah jangk1tan virus

Pekerja kesihatan menggunakan topeng muka khusus yang diikat ketat pada wajah bagi melindungi mereka daripada jangk1tan. Bagaimanapun topeng muka pakai buang tidak dapat memberi perlindungan sama.

Ini kerana topeng muka pakai buang ini tidak dapat diikat ketat dan rapat pada wajah, kuman masih boleh menembusi mulut dan hidung. Jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan, memakai topeng boleh membantu melindungi orang lain daripada dijangk1ti.

Bukan sahaja memakai topeng muka, kita turut disarankan untuk membasuh tangan dengan kerap serta menggunakan hand sanitizer.

6. Pengering tangan dapat bunvh kuman Covid-19

Ia hanya mitos, pengering tangan tidak mampu membvnuh virus itu. Adalah lebih baik amalkan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan menjadi kebersihan diri.

7. Kita perlu berada dekat dengan individu positif Covid-19 sebelum dijangk1ti

Semakin lama anda berada dengan individu dijangk1ti virus itu namun tidak mustahil virus boleh berpindah dalam tempoh kurang 10 minit. Jangan ambil risik0!

8. Antibiotik dapat bunvh virus Covid-19

Antibiotik hanya berkesan terhadap bakteria, ia tidak mampu membvnuh virus.

9. Pengimbas suhu badan boleh diagnos virus

Pengimbas suhu hanya boleh mengesan sama ada seseorang itu demam atau pun tidak. Simptom virus itu hanya muncul dua hingga ke 10 hari selepas dijangk1ti.

Ini bermaksud seseorang yang dijangk1ti boleh menunjukkan suhu badan normal sebelum menunjukkan simptom tertentu.

10. Bawang putih dapat cegah Covid-19

Ada kajian menyatakan bawang putih mungkin boleh melambatkan pertumbuhan sesetengah jenis bakteria. Pun begitu, Covid-19 disebabkan oleh virus, jadi tiada bukti mengatakan ia boleh melindungi individu daripada dijangk1ti w4bak itu.

 

Foto: Google

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*