“Kita Boleh!” – Siti Nurhaliza Kongsi Tujuh Nasihat Jalani Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Umum tahu, negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi menbendung penu1aran wab4k COVID-19.

Sehubungan dengan itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengambil inisiatif dengan memberikan tujuh nasihat kepada masyarakat untuk sama-sama mematuhi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

Perkara itu dikongsikan Siti melalui foto yang baru dimuat naik di laman instagram miliknya bersama kapsyen di bawah.

“#7Nasihat sewaktu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Kita boleh!”

 

Berikut merupakan tujuh nasihat Siti:

1. Duduk di rumah dan jauhkan diri daripada berinteraksi secara sosial.

2. Selalu bersenam di dalam rumah untuk kekal cergas dan cerdas.

3. Jangan pan1k. Beli barangan dapur mengikut keperluan sahaja.

4. Telefon keluarga dan saudara mara untuk bertanya khabar.

5. Untuk yang bekerja dari rumah, sentiasa berkomunikasi melalui WhatsApp dan virtual meeting.

6. Minimumkan penggunaan elektrik dan air untuk elak pembaziran.

7. Tonton tv bersama keluarga dan dengar lagu 7 nasihat di semua platform streaming.

 

Siti yang baru sahaja melancarkan single terbarunya  ‘7 Nasihat’ menggunakan lagu tersebut sebagai panduan kepada pengikutnya.

Single 7 Nasihat adalah terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia, dan boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula Februari lalu.

Semoga apa yang dikongsi Siti ini dapat membantu orang ramai untuk terus mematuhi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan.

Jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

 

Sumber: Gempak, Ig Siti Nurhaliza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*