“Sebungkus Pun Tak Ada Untuk I…” – Fasha Kongsi Foto Keadaan Di mall, Nak Beli Biskut Kegemaarannya Pun Habis

Pelakon Fasha Sandha yang kini sedang sarat hamil telah berkongsi beberapa keping gambar di laman instagram miliknya.

Gambar tersebut memaparkan keadaan sebuah pusat membeli-belah yang sepi serta kedai barangan runcit yang sesak sebelum tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.

 

Fasha turut memohon doa agar situasi virus COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia berakhir .

“Semua gambar ni diambil oleh saya sendiri. Kisah semalam.

“Mall jadi sepi, tapi grocery store sesak sampai i nak beli biskut cap pingpong kegemaran I pun habis.

“Semua orang pakat beli macam nak meniaga… Yalah, kalau semua ambil seorang 5 bungkus, sebungkus pun tak ada untuk I.

“Jomlah kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir,” tulis Fasha.

 

Dalam pada itu, Fasha turut mendedahkan bahawa majlis anjurannya yang sepatutnya disambur hujung bulan ini juga terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan kerajaan.

“Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan kerajaan.

 

“Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat.

“Tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya. Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia.

“Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, jadi kita harus ikut demi kesejahteraan semua. Be safe kesayanganku,” tulis Fasha lagi.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikutnya.

 

 

Sumber: Ig Fasha Sandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*