Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong kini dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Alvin memaklumkan dia akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan setibanya di Malaysia.
Alvin berada di sana bagi tujuan percutian peribadi selepas terbabit penggambaran drama.
“Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Saya maklum berkenaan arahan di keluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
“Jadi, apabila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti, saya akan buat ujian saringan kesihatan yang disediakan.
Tambah Alvin lagi, dia akan kuarantikan dirinya selama 14 hari seperti yang di nasihatkan namun apa yang merisaukannya sekarang adalah tiada bekalan makanan dan keperluan harian di rumahnya.
“Saya juga akan kuarantinkan diri selama 14 hari seperti yang dinasihatkan. Cuma apa yang dirisaukan sekarang di rumah tidak ada barangan makanan dan keperluan harian. Apa-apa pun, doakan saya tiba dengan selamat,” katanya.
Selain itu, Alvin turut memberitahu dia menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan sepanjang berada di Amerika Syarikat bagi membendung penu1aran wab4k Covid-19
“Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan ia bersih dan ‘hygiene’ terlebih dahulu.
“Malah, saya juga tidak terlepas daripada menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
Sumber: Mstar, Ig Alvin Chong
Leave a Reply Cancel reply