COVID 19 & Wanita Mengandung: Ini Risik0 & Saranan Pakar Yang Anda Perlu Tahu

Semakin hari, bilangan mereka yang positif COVID-19 semakin meningkat di negara kita. Disebabkan itu, Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini bagi membendung penularan w4bak ini.

Perintah kawalan yang diumumkan kerajaan itu telah menimbulkan perasaan pan1k dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu hamil kerana mereka antara golongan yang lebih terdedah kepada risiko jangkitan.

Ini perkara yang perlu diambil tahu bagi mereka yang sedang hamil.

Perkongsian ini dari seorang Pegawai Farmasi dan juga salah seorang ahli Medical Mythbuster Malaysia.

 

COVID-19 & KEHAMILAN

Adakah mudah untuk wanita mengandung jatuh sak1t sekiranya dijangk1ti?

Jika dijangk1ti adakah wanita mengandung akan lebih teruk keadaannya daripada individu lain?

Jawapan:

Masih belum diketahui lagi sama ada wanita mengandung lebih berisik0 dijangk1ti COVID19 atau keadaan lebih serius jika dijangk1ti.

Wanita mengandung akan alami perubahan dalam fungsi sistem tubuhnya dan mungkin boleh meningkatkan risik0 sesetengah jangk1tan.

Jika dilihat virus daripada kelompok yang sama dengan COVID-19 dan virus lain yang menjangk1ti saluran pernafasan, dilihat wanita mengandung adalah lebih berisik0 untuk mengalami kesan serius jangk1tan.

Oleh itu adalah amat penting untuk wanita mengandung menjauhi dan mengelak daripada menerima jangkitan.

SARANAN UNTUK WANITA MENGANDUNG KETIKA COVID-19

Amalkan saranan pihak KKM untuk :

1. Kerap basuh tangan dengan sabun atau gunakan ‘Hand Sanitizer’ apabila berada di luar.

2. Jarakkan diri 1m daripada orang yang bergejala (social distancing)

3. Pakai face mask apabila berada di luar.

4. Jauhkan dari daripada lokasi tempat awam atau kawasan yang sesak dengan masyarakat awam. Tak perlu pergi jangan pergi. Jika perlu pergi minta bantuan suami seperti ke pasaraya atau ke pasar awam.

5. Elakkan melawat ke luar negara atau ke kawasan yang diketahui alami wabak COVID19 ini.

Jika bergejala, hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau talian CPRC Kebangsaan di nombor hotline seperti di bawah ini:

  • 03 – 888 10 200
  • 03 – 888 10 600
  • 03 – 888 10 700

Pegawai Farmasi Anda

Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
#SocialDistance
#medicalmythbustersmalaysia

 

Foto: Google

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*