Pasar malam, dobi layan diri antara yang dilarang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkuatkuasa pada hari ini.

Namun begitu, ternyata masih ramai yang keliru dan pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh perintah ini dikuatkuasakan.

Perkara yang paling menjadi tumpuan utama orang ramai tentunya mengenai keperluan bekalan makanan dan perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Berikut adalah soal jawab yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk merungkai persoalan yang menjadi tanda tanya umum.

1. Adakah operasi pusat pengedaran (DC) di benarkan beroperasi seperti biasa?

Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi e-commerce warehouse, dan supporting warehousing services adalah dibenarkan untuk terus beroperasi.

2. Adakah restoran, seksyen Ready to Eat (RTE) / bakeri dibenarkan operasi?

Restoran, RTE/bakeri boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja dan pandu lalu (take away dan drivethru) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery) oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

3. Bagaimana dengan operasi food court dan tenant yang beroperasi di dalam hypermarket?

Operasi food court boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi didalam hypermarket.

4. Bagaimana operasi peruncitan di dalam shopping mall seperti anchor tenant?

Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian sahaja) di shopping mall boleh diteruskan atas rundingan antara penyewa dan pemilik premis.

Kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar raya dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa. Foto: Bernama

5. Bagaimana operasi kedai makan / kedai runcit / kedai serbaneka dalam specialty store?

Kedai makan / kedai runcit / kedai serbaneka dalam specialty store sahaja dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

6. Adakah operasi ibu pejabat syarikat peruncitan di benarkan beroperasi?

Ibu pejabat syarikat peruncitan adalah dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Namun, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti sektor / bahagian / unit yang perlu diklasifikasikan sebagai essential services untuk hadir bekerja di premis ibu pejabat.Manakala, bagi sektor / bahagian / unit non-essential services adalah perlu mengambil langkah work from home.

7. Adakah Kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi menghadkan pembelian setiap pengguna?

Kementerian menggalakkan pihak pasaraya melakukan kawalan kendiri bagi menangani pembelian barangan makanan dan keperluan harian dengan jumlah yang tidak munasabah oleh pengguna.

8. Bagaimana operasi departmental store yang mempunyai supermarket dan barangan kelengkapan rumah / fesyen / foodcourt?

Hanya bahagian supermarket yang menjual barang makanan dan barangan keperluan harian yang dibenarkan untuk beroperasi di departmental store.

9. Adakah perkhidmatan dobi layan diri boleh diteruskan?

Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

10. Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan (security guard) dipasaraya masih boleh diteruskan?

Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan.

Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul. Foto: The Star

11. Adakah perkhidmatan e-commerce dianggap sebagai essential services?

Ya.

12. Adakah pembelian atas talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan?

Ya.

13. Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan dibenarkan untuk beroperasi?

Ya.

14. Adakah kerja-kerja pengubahsuaian premis perniagaan boleh diteruskan?

Bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan adalah perlu ditangguhkan. Sekiranya terdapat isu-isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian KerjaRaya (KKR) dan Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan.

15. Adakah penghantar barangan non-food seperti lampin pad sanitari dikira sebagai essential item?

Ya.

16. Jika semua shopping mall ditutup. Adakah kedai di lapangan terbang turut terlibat?

Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal,pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam lapangan terbang. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

17. Adakah third party service providers dibenarkan beroperasi bagi membantu operasi dan rantaian bekalan kerana ini adalah kr1tikal dalam kelangsungan perniagaan?

Perkhidmatan yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan bekalan adalah dibenarkan. Pengguna dan juga third party perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan cara memakai topeng muka dan hand sanitizer.

18. Adakah syarikat pengumpulan sampah di premis pasaraya /kedai serbaneka / kedai runcit dibenarkan beroperasi?

Ya.

19. Adakah kuota beras, gula, minyak dan tepung boleh disimpan melebihi kuota lesen yang diberikan?

Syarikat hendaklah mematuhi sebarang kuota lesen yagn telah dikeluarkan oleh mana-mana agensi kawal selia. Bagaimanapun,perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan case to case basis.

20. Adakah operasi pasar malam dan pasar tani dibenarkan beroperasi?

Tidak.

 

Semoga penjelasan dapat meghilangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

 

Foto: Google

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*