Pencetus Ummah (PU) Azman sering berkongsi ilmu terhadap segala persoalan yang ditanya pengikut di laman instgaram miliknya. Laman instagramnya itu sudah mencecah lebih 1.6 juta pengikut.
Terbaharu, PU Azman telah berkongsi satu paparan pertanyaan yang diajukan pengikutnya mengenai penggunaan nama ‘Al’ pada permulaan nama anak.
Sebelum ini, dia telah memberi jawapan secara berseloroh dengan memberikan contoh nama anak ‘Alamak’ ketika menjawab soalan daripada pengikutnya di ruangan komen.
PU Azman menjelaskan bahawa tiada masalah sekiranya seseorang itu ingin menggunakan nama ‘Al’ pada permulaan nama anak.
Namun begitu, dia tidak menggalakkan para ibu bapa untuk menggunakan nama ‘Al’ di permulaan nama sekiranya nama yang ingin diberikan itu terdiri daripada pemilihan nama-nama Allah.
“Tak ada masalah nak letak ‘AL’ pada nama anak. Contohnya, Al-Helmi.
“Cuma, tak digalakkan letak AL sebelum nama-nama Allah kerana huruf alif lam di situ menjadi alif lam “al -ahdu” (perbahasan dalam bahasa Arab) yang merujuk kepada nama-nama Allah,” jelasnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram ketika menjawab soalan salah seorang pengikutnya.
Sebaliknya, kata PU Azman, orang ramai boleh menggunakan perkataan alternatif, ‘Abdul yang bermaksud hamba di hadapan nama anak yang menggunakan nama-nama Allah.
“Tapi kalau selepas perkataan ‘AL’ tu bukan nama-nama Allah dan maksudnya baik, maka tidak salah untuk letak perkataan ‘AL’,” jelasnya.
Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai respond dari kalangan pengikutnya.
Sumber: Ig PU Azman
Leave a Reply Cancel reply