Sebelum ini, berita palsu mengenai perintah berkurung telah tersebar di kalangan masyarakat melalui media-media sosial.
Keadaan ini telah menimbulkan ketakvtan orang ramai menyebabkan mereka bertindak membeli barang-barang keperluan harian dalam jumlah yang sangat banyak sebagai persiapan termasuklah beras, mi segera, sardin, tepung dan cecair pembasmi kuman.
Oleh hal yang demikian, huru-hara yang timbul ini telah mendapat perhatian daripada pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor dimana dia terpaksa menyekat kemasukan pelanggan di pasaraya miliknya semalam.
Menurut Rosyam tindakan itu terpaksa diambil berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh orang ramai susulan berita mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau lockdown.
Perkara tersebut dimaklumkan Rosyam Nor menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.
“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.
“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya.
Video yang dimuat naik Rosyam Nor itu telah mendapat pelbagai respond daripada netizen.
Sumber: Ig Rosyam Nor
Leave a Reply Cancel reply