Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri akui amat penting bagi masyarakat mengekalkan sistem imunisasi badan sebagai langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan wab4k COVID-19.
Terbaharu, Kevin telah berkongsi lima amalan yang boLeh dilakukan oleh masyarakat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan menerusi instagram miliknya.
1.Senaman
Senaman mampu meningkatkan keupayaan kecergasan dan kemampuan badan untuk melawn serangn kuman. Malah peningkatan aktiviti pernafasan semasa bersenam bantu “flush out” bakteria.
2.Tidur yang cukup
Kurang tidur boleh melemahkan dan stresskan kemampuan badan untuk berdepan serngan bakteria. Pastikan anda berikan kepentingan kepada kualiti dan kuantiti rehat.
3.Makanan Probiotics
Minuman dan makanan probiotics seperti yogurt, apple cider vinegar, kombucha, kimchi, tapai dan sebagainya boleh membekalkan jutaan bakteria sihat yang sentiasa “stimulate” sistem imunisasi untuk lebih aktif.
4.Air
Pengambilan lebih air bukan sahaja mengekalkan fungsi badan tetapi ia juga penting untuk meningkatkan dan mempercepatkan pembuangan ‘toksin dan bahan buangan’ badan.
5.Pengambilan vitamin dan antioxidants
Bagi mereka yang mencari sumber makanan atau suplemen untuk “boost” sistem imunisasi boleh cari yang mengandungi: Vitamin A, B6, B12, C, D, E atau lebih mudah: pelbagaikan pengambilan buah dan sayur-sayuran,” kongsinya.
Kevin turut berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.
“Semoga panduan ini bantu anda kuatkan sistem imunisasi. Feel free to share tips dan amalan diri anda dan tag kawan-kawan yang perlu membaca tip-tip ini,” tulisnya.
Sumber: Ig Kevin Zahri
Leave a Reply Cancel reply