Anak Nadya Syahera Terpaksa Ditahan Di Wad, Suhu Badan Cecah 40 Darjah Celcius

Pelakon Nadya Syahera atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli, telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3 tahun, dan Mohamad Dayyan, 2 tahun.

Terbaharu, salah seorang anak Nadya terpaksa ditahan di wad hospital. Nadya memberitahu bahawa anaknya, Dayyan terpaksa ditahan di wad selepas disahkan dijangk1ti Influenza A.


Tambah Nadya lagi, anak bongsunya itu telah mengalami dem4m panas sehingga mencecah 40 darjah celcius.

“Semalam gigih sambut ulang tahun kelahiran kakak, tapi Dayyan badan memang dah tak berapa sedap dah. Suhu naik turun.

“Sepanjang majlis semalam, asyik merengek dan lemah je. Jadi, selesai sahaja majlis semalam, suhu 39.8 darjah celsius.

“Pukul 2 pagi siap kemas rumah terus pergi hospital, ingat nak ambil vbat sahaja, tapi bila sampai hospital suhu dia makin naik 40.3 darjah celsius. Doktor masukkan vbat, ambil d4rah dan sampel swab hidung.

“Keputusan keluar, doktor cakap Dayyan kena Influenza A dan jangk1tan bakteria. Jadi, check in lagilah hospital. Minta semua doakan Dayyan cepat sembuh ya,”

Perkara tersebut dikongsikan Nadya melalui satu entry di laman instgaram miliknya.

Entri yang dimuat naik Nadya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.  Rata-rata mendoakan agar anaknya itu cepat sembuh.

 

Sumber: Ig Nadya Syahera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*