Kesihatan Datuk Zulkifli Agak Tidak Stabil, Norzizi Zulkifli Mohon Semua Doakan Bapanya

Pelakon dan pengarah Dr Norzizi Zulkifli atau lebih mesra dipanggil Zizi menerusi satu kiriman Whatsapp telah memaklumkan bahawa kesihatan bapanya semakin merosot selepas lapan hari dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangk1tan kvman dalam dar4h dan masalah buah pinggang.

Zizi memohon semua pihak untuk mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan bapanya, seniman Datuk Zulkifli Zain

“Saya memohon semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan buat papa saya, Datuk Zulkifli Zain.


Tambah Zizi lagi, kesihatan bapanya sejak tiga hari ni agak tidak stabil dan dia mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin melawat bapanya.

“Kesihatannya sejak tiga hari ini agak tidak stabil dan tindak balasnya agak kurang.”Sekiranya, ada yang hendak melawat, dialu-dialukan dan amat dihargai,” tulisnya.

Namun begitu, Zizi faham sekiranya tidak ramai yang datang melawat kerana kebimbangan masyarakat terhadap penvlaran wabak COVID-19.

“Kami tak harapkan apa-apa. Kami faham situasi sekarang. Kami cuma ingin memaklumkan kondisi terkini papa, semoga dengan doa dari semua dapat memberi kesembuhan buat papa.

“InshaaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Terdahulu pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama Traged1 Sri Mersing ini dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu kerana sukar membuang air besar.

Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada jangk1tan kvman dalam dar4h dan asid tinggi, manakala buah pinggangnya pula agak kering dan bermasalah.

 

Sumber: HM, Ig Norzizi Zulkifli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*