Penyanyi Ramlah Ram yang disangka sudah bersara gara-gara hampir sembilan tahun ‘meghilangkan’ daripada industri muzik akhirnya buka mulut.
Menururt Ramlah yang kini berusia 55 tahun, walaupun sudah lama tidak keluar dengan lagu baharu,dia masih aktif dan menerima tawaran untuk menyanyi di acara tertutu
“Sebenarnya saya masih lagi aktif dan menerima tawaran untuk membuat persembahan dalam acara tertutup. Selain itu, ada juga buat kerja lain berkaitan dengan karier seni.
“Mungkin orang lihat saya tak ada keluar album atau lagu dan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, mereka anggap saya sudah berhenti.
“Tapi saya masih menyanyi dan belum lagi tinggalkan dunia nyanyian,” kata Ramlah ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu berjudul Masar Cinta di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Jumaat.
Kali terakhir penyanyi kelahiran program Bintang RTM ini mengeluarkan single pada 2011 yang berjudul Diam-Diam Jatuh Cinta.
Selain itu, Ramlah juga menceritakan keadaannya sepanjang merakam lagu terbaru itu membuatnya sebak berikutan terkenang penggubah lagu bersama iaitu Allahy4rham ID Mifzal yang men1nggal dun1a pada Mac 2017.
“Ketika rakaman, saya memang sukar nak menyanyi. Boleh dikatakan lagu ini paling susah nak rakam disebabkan terpaksa berlaw4n dengan perasaan.
“Saya rasa sebak sebab terkenangkan arw4h yang juga bekas presiden kelab peminat saya. Orang tak tahu betapa rapatnya hubungan kami dahulu.
“Lagu ini kami gubah bersama-sama, tapi arwah tak sempat nak tengok hasil sepenuhnya. Memang saya rasa nak menangis tapi cuba kawal sebab nanti tak dapat pula nak menyanyi,” ujarnya.
Sumber: Mstar, Ig Ramlah Ram
Leave a Reply Cancel reply