Pelakon Che Puan Syamim telah berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Datuk Ardy Esfandiari Al-Haj, Syamim pada 26 Mac 2016.
Selepas berkahwin, Syamim telah berehat selama setahun untuk menumpukan perhatian kepada suaminya sepenuhnya.
“Selepas berkahwin pada Mac 2016, saya berehat selama satu tahun untuk menumpukan perhatian kepada suami dan selepas itu, saya mula kembali aktif dalam dunia hiburan.
Tambah Syamim lagi, status sebagai seorang isterinya membuatnya enggan membawakan watak yang terlalu daring dan sentiasa mengutamakan batasan dalam kerjaya.
“Tetapi, saya mengutamakan batasan dan sentiasa menjaga status saya sebagai seorang isteri. Saya tak kisah untuk membawakan watak antag0nis, tetapi semua ada had.
“Jika saya rasakan ada babak melampau yang perlu dijayakan atau ditawarkan membawa watak yang terlalu daring, saya akan menolaknya dengan baik.
Selain itu, Syamim turut meluahkan rasa syukur kerana setakat ini semua produksi memahami pendiriannya.
“Alhamdulillah, setakat ini semua produksi memahami pendirian saya dan saya bersyukur dengan perkara terbabit,” katanya.
Syamim yang juga bekas naib juara Dewi Remaja 2015 ini bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang minat Syamim dalam bidang lakonan.
“Saya bersyukur kerana suami memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Saya memilih untuk terus bekerja biarpun selepas berkahwin kerana sudah terbiasa.
“Dia sangat baik, kadang-kadang dia yang memberikan komen mengenai lakonan saya. Kadang-kadang, saya yang rasa bersalah kerana terpaksa menghabiskan masa di lokasi penggambaran,” katanya lagi.
Sumber: Gempak, Ig Syamim Farid
Leave a Reply Cancel reply