““Kalau Anak Menangis Tak Berhenti, Saya Pun Menangis…” – Kehidupan Berubah 360 Darjah, Ella Kongsi Pengalaman Uruskan Anak

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin begitu teruja dengan kehadiran anak angkatnya, Shanome Az Zahra. Sejak memkiliki anak, Ella mendedahkan kehidupannya kini berubah 360 darjah.

Ella yang telah mendirikan rumah tangganya dengan Azhar Ghazali pada Julai lalu, berkata sejak mengambil anak angkat kira-kira setahun lalu, terlalu banyak perkara baru yang dipelajarinya dan suami.

“Dia sangat comel. Kami akan cuba mencari masa dan peluang untuk meluangkan masa dengannya.

“Rutin harian berubah kerana saya kena tukar semua jadual harian. Daripada segi waktu dan membeli belah. Keutamaan sekarang lebih kepada anak. Diri saya jatuh nombor dua tapi tak mengapa.

Ella turut mendedahlan bahawa anak angkatnya seorang yang cepat belajat dan agak berdikari. Tambah Ella lagi, anak angkatnya itu tutut memiliki perangai yang sama sepertinya.

“Dia cepat belajar dan agak berdikari, yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ella yang kini berusia 53 tahun turut berkongsi pengalaman menguruskan anak angkatnya itu.

“Sampai luka tangan tukar lampin. Kulit saya sensitif dengan krim dan apabila menukar lampin dan menyapu krim ke badan anak, kulit saya luka. Masa mula-mula belajar menukar lampin memang saya panik. Takvt namun sekarang sudah okay.

“Kalau anak menangis tak berhenti, saya pun menangis kerana tidak tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi itu semua perkara yang sangat sweet bila dikenangkan kembali,” katanya.

 

 

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*