“Alhamdulillah Syukur. Satu Persatu Allah Makbulkan Doa Saya” – Saharul Ridzwan

Pelakon Saharul Ridzwan atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim, telah mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini berusia 3 tahun. Malah, mereka juga bakal menimang cahaya mata kedua pada pertengahan Mei depan.

 

Terbaharu, Saharul telah meluahkan rasa syukur di laman instagramnya kerana dapat memiliki sebuah rumah baru hasil titik peluhnya sendiri.

Selain itu, Saharul turut menasihati para pengikutnya agar sentiasa bersyukur atas setiap pemberian dari Pencipta.

“Bersangka baik dengan Allah, sabar itu indah.

“Alhamdulillah syukur. Satu persatu Allah makbulkan doa sy. Doa 10 tahun lepas pun di makbulkan pada tahun ni. Kenapa?

“Sy percaya bila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan makbulkan doa kita. Goodluck sayang @deenaemir dengan @qaabilabeauty. Dan mari usaha dengan @juzfitofficial. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

“Semoga tahun 2020 ni, makin meriah dengan rezeki dari Allah.

“Cukupkan lah segala rezeki yang Kau beri. Jauhkanlah istidraj. Amin Ya Rabb.

“P/s: Jangan doa je semata, tapi semua yang wajib kita abaikan, yang dilarang kita dekatkan. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin,” tulisnya di ruanga kasyen.

 

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai repond dari pengguna instagram.

 

 

 

 

Sumber: Ig Saharul Ridzwan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*